Novel Darah Titik Di
Semantan
Sinopsis Bab demi Bab
Bab
|
Sinopsis
|
Bab
1 (Cemas)
|
Menceritakan
empat orang sahabat iaitu Aku, Samad, Rahman dan Awang Muhamad telah
menyedari perubahan sikap Datuk Bahaman sejak pulang dari pulau tawar.
Sikapnya suka memencilkan diri dan sering termenung sendiri. Perubahan ini
telah disedari oleh ‘aku’. Pelbagai andaian telah dibuat oleh mereka berempat
terhadap perubahan sikap Datuk Bahaman dan yang paling memahami perubahan
sikap Datuk Bahaman ialah Rahman kerana pernah bekerja sebagai jurutulis
pelatih kepada Datuk Bahaman.
Pada suatu hari, Datuk Bahaman
telahmengumpulkan orang ramai di masjid. Turut hadir ialah Mat Lela, Datuk
Panglima Raja Awang Ishak, Iman Perang Weh. Datuk Bahaman telah memberi
amanat penting tentang kemaraan
British. Datuk Bahaman juga meminta penduduk
bersedia sebelum melawan Inggeris.
Setelah selesai mereka berkumpul di
masjid ‘aku’, Samad, Rahman, dan Awang Muhamad telah sepakat untuk membuat
kubu di pangkal Merbau Berdarah di tebing Lubuk Sengarat. Semasa mereka
sedang membina kubu tiba-tiba Mak Long Esah berlari dalam ketakutan. Mak Long
Esah mengatakan Inggeris akan sampai ke Lubuk Terua dan meminta supaya
disampaikan berita itu kepada Datuk Bahaman yang masih berada di masjid.
|
Bab
2 (Lubuk Terua Tergugat)
|
‘Aku’
menyedari Inggeris telah menceroboh Semantan dengan melihat mereka membina
kubu panjang ditepi tebing sungai. Datuk Panglima Raja sangat marah dengan
tindakan Inggeris itu. Pak Long Abas meminta izin untuk mengamuk tetapi
dihalang oleh Datuk Bahaman. Datuk Bahaman menyatakan mereka akan melawan
Inggeris tetapi mengikut perancangan. Datuk Bahaman juga memuji tindakan
‘aku’ dan rakan-rakan membina kubu di tebing Lubuk Sengarat kerana cukup
sesuai.
|
Bab
3 (Mencari Penyelesaian)
|
Dua
minggu selepas Inggeris membina rumah
pasung, ‘aku’ dan samad pergi ke kubu mereka di lubuk Sengarat hanya Rahman
tidak dapat ikut serta kerana telah mengikut ayahnya ke Johor. Pelbagai
andaian dibuat atas pemergian Datuk Bahaman ke Johor. Datuk Bahaman pergi ke
Johor mengikut jalan sungai yang lebih selamat.
Ketiadaan Rahman, ‘aku’ dan rakan-rakan
telah menukarkan cara berkawal. Mereka telah bersetuju untuk meronda secara
bersama-sama untuk mengelakkan daripada ditangkap. Mereka juga meronda ke
Mempatih untuk melihat persiapan disana.
Pada tengah hari, mereka terserempak
dengan beberapa buah perahu Inggeris. Mereka berniat untuk menyerang perahu
Inggeris tersebut tetapi telah membatalkan niat tersebut kerana memikirkan Datuk
Bahaman tiada di Semantan.
|
Bab
4 (Budi Kepadatan)
|
Seperti
biasa ‘aku’, Samat dan Awang Muhamad meninjau sekitar kampung. Mereka telah
pergi ke mempatih dan melihat pemuda-pemuda Melayu berlatih membaling bambu
runcing dan belajar bersilat dengan Abang Lajis.
‘Aku’
diberitahu oleh dua orang pemuda Melayu Melayu yang tidak dikenali pergi
hilir. Apabila sampai disana, mereka menyelamatkan Kak Minah iaitu isteri
Lajis yang diganggu oleh pemuda yang tidak dikenali. Mereka sebenarnya ialah
pembanci yang diupah oleh Tuan Owen (Inggeris). Pada masa yang sama, Datuk
Bahaman muncul dan meminta tali barut Inggeris itu pulang kepangkuan
Inggeris. Beliau juga mengingatkan kepada pemuda tersebut bahawa dia masih
berkuasa di Semantan.
|
Bab
5 (Inggeris Mencabar Lagi)
|
Menceritakan situasi semakin genting apabila
orang Inggeris yang di ketuai oleh Syres sering datang ke Lubuk Terua.
Kedatangan Syres telah mengundang persoalan pada ‘Aku’, Samad, Rahman dan Awang
Muhamad. Lajis menjelaskan Datuk Bahaman telah membuat perancangan untuk
membuat bengkel membuat senapang dan segala bahan telah diatur dengn teliti.
Lajis juga telah ditugaskan sebagai pengintip di Kuala Semantan untuk
mengawasi gerak-geri Inggeris.
|
Bab
6 (Kedatangan Mat Kilau)
|
Penduduk
Semantan berkumpul di masjid untuk bacaan Yassin dan solat Mahgrib. Semasa berkumpul
mereka telah didatangi oleh Mat Kilau. Mat Kilau diutuskan oleh ayahandanya
untuk menyampaikan hasil mesyuarat antara Clifford dengan sultan dan
orang-orang besar di Pulau Tawar. Datuk Bahaman tidak dijemput ke mesyuarat
itu.
Mat Kilau menyatakan Syres mengadu kepada sultan yang Datuk Bahaman
tidak memberi kerjasama untuk membina rumah pasung. Selain itu, sultan
dipaksa membuat membuat pengisytiharan yang Datuk Bahaman telah menderhaka.
Sultan telah diingat untuk membuat pengisytiharan dan segala pangkat dan
kuasa Datuk Bahaman telah ditarik balik. Keadaan ini telah membuatkan Datuk
Bahaman semakin rasa tercabar.
|
Bab
7 (Retak Menanti Belah)
|
Kehilangan
Samad, Pak Long Abas dan Pak Uda Ismail sewaktu mengail ikan di sungai
Semantan telah mengundang pelbagai persoalan. Kedatangan Lajis telah menjawab
persoalan akan kehilangan mereka. Rupa-rupanya mereka telah ditangkap oleh
Inggeris kerana tidak mempunyai surat kebenaran untuk membawa rotan.
Datuk Bahaman, Datuk Panglima Raja dan
Iman Perang Weh telah mengetuai usaha pembebasan Samad, Pak Long Abas dan Pak
Uda Ismail. Akhirnya mereka Berjaya dibebaskan dan Datuk Bahaman mengerti
tindakannya akan menyebabkan Inggeris memburunya nanti.
|
Bab
8 (Darah Titik di Semantan)
|
Persiapan
untuk membuat senjata telah dilakukan oleh Datuk Bahaman dan anak buahnya.
Mereka telah menjual rotan manau di Batu Hampar bagi mendapat sumber kewangan
untuk membayar besi laras senapang dan ubat bedil dari saudagar singapura.
Telah berlaku kejadian Pak Long Abas dan
Ismail
telah ditahan oleh Desborough semasa membawa rotan untuk dijual tanpa surat
kebenaran. Desborough telah menyatakan akan menangkap dan membunuh Datuk
Bahaman. Mereka telah di tembak oleh orang-orang Desborough. Hanya Pak Long
Abas Berjaya menyelamatkan diri dan telah melarikan diri ke rumah Datuk
Bahaman untuk memberitahu kejadian tersebut. Kesan daripada kejadian tersebut
Datuk Panglima Raja,Iman Perang Weh dan penduduk semantan telah menjadi
semakin bersemangat untuk menentang Inggeris ke titisan darah terakhir dan
sentiasa menyokong Datuk Bahaman. Datuk Bahaman telah mengingatkan anak buah
bersiap sedia untuk menentang Inggeris apabila mereka tiba di Lubuk Terua.
|
Bab
9 (Ada Ubi Ada Batas)
|
Menceritakan
kesediaan dan perancangan Datuk Bahaman dan orang-orangnya untuk menghadapi
pihak Inggeris yang akan menyerang Semantan. Datuk Bahaman telah merentangi
sungai Semantan di Lubuk Sengarat dengan seutas rantai besi sebesar ibu jari
bagi menhalang kemaraan Inggeris.
Datuk
Bahaman juga telah mengarahkan Tuk Muda Bidin dan Imam Perang Weh mengumpul
kekuatan untuk mengepung balai polis serta mata-mata sikh di rumah pasung.
Perintah Datuk Bahaman lagi agar merampas senjata seperti senapang kopak,
peluru atau ubat bedil yang boleh digunakan untuk menentang mata-mata Sikh
yang lain. Secara tidak langsung Datuk Bahaman telah mengistiharkan perang
terhadap Inggeris.
Lajis
datang ke kubu untuk memberitahu bahawa dia mendapat tahu Desborough dengan
lima puluh orang mata-mata Sikh sedang berkayuh di hilir sungai
Semantan.Lajis turut menyatakan dia melihat Desborough turut membawa mayat
Ismail menuju ke kubu untuk menangkap Datuk Bahaman sama ada hidup atau mati.
Menjelang senja pihak Inggeris telah
tiba di hilir lubuk untuk menyerang Datuk Bahaman. Apabila perahu Desborough dan perahu yang lain tiba di
kawasan rantai Datuk Bahaman telah merentap rantai itu sehingga perahu Desborough
dan perahu lain terbalik. Seterusnya Datuk Bahaman telah menyerang Desborough
dan mengarahkan orang-orangnya untuk menghapuskan semua mata-mata Sikh
sehingga mereka memperolehi kemenangan.
|
Bab
10 (Inggeris Mesti Dikalahkan)
|
Malam
itu, Datuk Bahaman membuat satu mesyuarat. Beliau mengarahkan Tuk Muda Bidin
dan Imam Perang Weh memimpin enam puluh orang menyerang Bentung dengan
mengepung pusat kawalan lombong Inggeris. Beliau pula akan ke Temerloh
bersama Datuk Panglima Raja dan Mat Lela untuk mengambil mayat Ismail. Mayat
Ismail akan dikebumikan di Semantan.
Selain itu, Datuk Bahaman mahukan
pertolongan Hassan Tahmid untuk menguatkan semangat para pahlawan dan
mengumpulkan derma. Beliau juga menyampaikan pesan kepada Tuk Selampit, batin
orang Asli supaya sama-sama berjuang kerana mereka pandai menyumpit.
Mereka juga bergerak ke hilir sungai
Semantan melalui Batu Hampar dan Pasir Rawa. Datuk Bahaman dan Mat Lela
memimpin pasukannya mengepung rumah pasung dan membunuh mata-mata Sikh yang
berada di situ. Setelah selesai , mereka berehat di tanjung yang memisahkan
sungai Semantan dengan sungai Pahang. Perang akan meletus bila-bila masa
sahaja.
|
Bab
11 (Desborough Datang Lagi)
|
Tengah
hari itu, dua pasukan dibentuk. Satu pasukan diketuai oleh Datuk Bahaman dan
satu lagi pasukan diketuai oleh Datuk Panglima Raja. Setiap pasukan terdiri
daripada 25 orang yang muda dan tahan lasak.
Datuk
Panglima Raja mengarahkan pasukannya meronda di luar kawasan Bandar Kuala
Semantan. Apabila tiba di sebuah bukit mereka terserempak dengan mata-mata
Sikh dan berlakulah pertempuran. Keesokannya, mereka menyambung perjalanan.
Datuk Panglima Raja mengarahkan pasukannya membuat helah untuk membunuh
mata-mata Sikh. Mereka membuat bubur ubi gadung yang beracun. Apabila pasukan
mata-mata Sikh seramai 40 orang yang diketuai oleh Desboroughtiba di kawasan
tersebut dan mereka makan bubur itu. Mereka mengalami kepanasan dan mabuk.
Akhirnya mereka mati kelemasan apabila mata-mata Sikh terjun ke sungai akibat
kepanasan.
Setelah lima hari berada di kuala
Semantan mereka bertemu semula dengan pasukan Datuk Bahaman. Mereka mara ke
Lubuk Terua dengan perahu. Di sana, mereka disambut oleh Imam Perang Weh.
Perjuangan mereka semakin mendapat
sambutan. Rahman dan Hassan mendapatkan nama beratus-ratus pejuang. Tuk
Selampit juga datang untuk menyertai perjuangan mereka menentang Inggeris.
Keesokan harinya, mereka pergi ke kubur arwah Ismail untuk membuat sedikit
tahlil.
|
Bab
12 (Tipu Helah Inggeris)
|
Tiga
minggu selepas perang, Semantan kembali tenang. Mat Lela menyediakan jadual
bertugas bagi mengawal kampung. Imam Perang Weh pula menyusun jadual latihan
menembak manakala Tuk Selampit pula mengarahkan orang Asli menyiapkan khemah
dan kubu di Darat Kelubi.
Keesokannya,
semua perajurit Semantan dikumpulkan oleh Datuk Bahaman. Beliau memerintahkan
Datuk Panglima Raja menyertai seratus orang ke Batu Hampar. Imam Perang Weh
dan Tuk Muda Bidin akan mengetuai dua ratus orang membuat kubu di Pasir Tuk
Anjang. Datuk Bahaman, Mat Lela dan Tuk Selampit akan mengawal Lubuk
Senggarat.
Datuk Bahaman juga menyampaikan amanat
bahawa pertempuran ini akan lebih sulit dan besar. Mereka akan menghadapi
lima puluh orang mata-mata Sikh yang di ketuai oleh Desborough manakala satu
lagi pasukan terdiri daripada tiga ratus askar-askar sultan yang diketuai
oleh Tengku Ali.
Beliau memutuskan sekiranya askar sultan
bersama-sama dengan askar Sikh, mereka akan berundur sahaja. Mereka tidak
ingin berbunuhan dengan askar sultan.
Mereka meneruskan perjalanan ke Batu
Hampar. Apabila sampai di sana, mereka membina kubu. Zahid dan Samad
diarahkan mengintip musuh di sebelah hilir. Zahid berpura-pura memancing
untuk memantau pergerakan musuh. Apabila terlihat tiga buah perahu musuh,
mereka segera melaporkan kepada pasukan.
Namun,
Datuk Bahaman dan pasukan berada dalam dilemma apabila melihat askar sultan
bercampur dengan mata-mata Sikh. Mereka mengambilkeputusan untuk pulang ke
Lubuk Terua. Di situ mereka membina kubu pertahanan.
Menjelang senja,perahu yang dinaiki Desborough
tiba di Lubuk Terua. Perahu itu tidak membawa askar sultan. Datuk Bahaman
bertindak menebalikkan perahu mereka dengan menggunakan rantai besi.Tuk
Selampit menyumpit diselang-seli dengan hujanan buluh bambu. Kejayaan
mengiringi mereka.
Selang beberapa hari, Mat Kilau datang
dari Pulau Tawar. Beliau memberitahu Datuk Bahaman bahawa Clifford tidak
berpuas hati dan akan melancarkan serangan besar-besaran.
|
Bab
13 (Sebuah Perjanjian)
|
Berita
kedatangan musuh ke Semantan menyebabkan keadaan mula kelam kabut. Datuk
Bahaman membuat keputusan untuk pergi ke Batu Hampar bagi menyiasat dakwaan
sama ada Rodger datang bersama dengan sultan. Selepas empat hari, Datuk
Bahaman kembali membawa perkhabaran yang sultan turut serta bersama Rodger
dalam serangan terbaru itu.
Tuk Selampit menawarkan kepakarannya
untuk menyumpit Rodger tetapi ditolak oleh Datuk Bahaman. Beliau risau akan
keselamatan sultan ketika Tuk Selampit menyumpit. Tindakan Datuk Bahaman
menyebabkan Tuk Selampit tidak berpuas
hati.
Pada sebelah malam, mereka berpindah ke
Darat Pasir Tuk Anjang. Di situ, mereka akan berkubu untuk pertempuran. Datuk
Bahaman menggunakan ilmunya untuk berjumpa dengan sultan. Beliau menyatakan
satu perjanjian telah dibuat. Askar sultan akan menembak ke udara semasa
pertempuran nanti dan pasukan Datuk Bahaman diminta melarikan diri. Ini untuk
mengaburi Rodger.
|
Bab
14 (Jatuhnya Lubuk Terua)
|
Hari
pertempuran telah tiba. Askar-askar sultan muka mengambil kedudukan dan
menghalakan senapang ke udara. Kedua-kedua pasukan mula berbalas tembakan ke
udara.
Namun, tanpa disangka-sangka Mat Lela
telah ditembak oleh askar sultan yang belot. Begitu juga dengan Awang Muhamad
yang ditembak di dada. Keadaan mula menjadi cemas. Datuk Bahaman dan Datuk
Panglima Raja datang memberi bantuan. Namun Awang Muhamad meninggal dunia.
Datuk
Bahaman dan Datuk Panglima Raja telah berselisih faham. Datuk Panglima Raja
yang marah mula bertindak tetapi ditembak. Imam Perang Weh dan Tuk Muda Bidin
mengambil langkah menyerah diri tetapi dibunuh oleh ketua askar sultan.
Menjelang zuhur, perajurit Semantan mula berundur ke Darat Kelubi.
Askar-askar sultan mula bersorak di atas kemenangan mereka.
Pada
suatu petang, Mat Kilau datang ke Darat Kelubi menemui Datuk Bahaman. Beliau
membawa satu salinan surat pengampunan beramai-ramai kecuali pengampunan
untuk Datuk Bahaman. Datuk Bahaman meminta Hassan Tahmid menghebahkan orang
ramai supaya pulang ke kampung masing-masing.
Mat Kilau memberitahu satu perancangan
besar untuk melawan Inggeris. Namun, rancangan itu gagal kerana Inggeris
berjaya mengesan terlebih dahulu. Akhirnya Datuk Bahaman mengambil keputusan
untuk mudik ke sungai Tembeling dan bersatu dengan Tuk Gajah serta Mat Kilau.
|
Sinopsis keseluruhan
Sinopsis
keseluruhan
|
Mengisahkan
perjuangan Datuk Bahaman menentang penjajahan Inggeris di Semantan.
Perjuangan Datuk Bahaman turut dibantu oleh Datuk Panglima Raja Awang Ishak,
Imam Perang Weh dan Mat Lela. Mereka merupakan pahlawan-pahlawan yang sering bersama
Datuk Bahaman di Semantan.
Disamping itu, Mat Kilau dan Tok Gajah
juga adalah penggerak kebangkitan rakyat Pahang menentang Inggeris.
Kemunculan Tuan Owen, Desborough dan Rodge adalah watak-watak penjajah yang
sering menggugat keamanan bumi Semantan.
Perjuangan mengembalikan kedaulatan
bangsa pasti akan nada cabaran dan dugaan. Ada kalangan yang menangguk di air
yang keruh, menjadi talam dua muka, mengkianati bangsa sendiri demi
kepentingan peribadi. Hal ini menjadikan perjuangan menjadi semakin sukar.
Pihak Inggeris mempunyai pelbagai cara
untuk mendapatkan apa yang dimahukan. Termasuklah sanggup menggugut sultan
untuk mencapai apa yang dihajati oleh mereka. Penglibatan sultan menimbulkan
rasa serba salah buat penggerak kebangkitan rakyat, Datuk Bahaman. Perjuangan
yang bersejarah ini akan meninggalkan kesan yang nyata untuk seluruh generasi
yang akan datang.
|
Tema
Tema
|
Novel
ini bertemakan semangat Patriotisme. Datuk Bahaman dan orang-orangnya telah
berjuang menentang Inggeris.
|
Persoalan
Persoalan
|
Contoh
|
1.Kegigihan
|
Mat
Lela dan Datuk Panglima Raja gigih mengajar ilmu silat kepada para perajurit
Semantan.
|
2.
Kecekalan
|
Datuk
Bahaman cekal menghadapi cabaran dan dugaan sewaktu ancaman Inggeris.
|
3.
Keberanian
|
Mat
Lela yang berusia 20 an berani menghadapi ancaman musuh yang menapak di bumi
Semantan.
|
Thank you so much youre blog help my assignment😊
ReplyDeleteTahnak so much I hope all of student can read and understand what you have done
ReplyDelete*thank you
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteTQ very much.
ReplyDeleteThis is very usefull for me.
Your blog helps in my bm assignments. 😁😁😁😃😀😄👍
ReplyDeletetq
ReplyDeleteletak yang pendek sikit lain kali untuk membantu murid2 lain
ReplyDeleteini sangat panjang tapi boleh juga untuk krusus bm .TERIMA KASIH
ReplyDelete